7 Sunnah Nabi Muhammad SAW yang Layak Dihidupkan - Kurita News | Kuat, Rinci & Terpercaya

Kurita News | Kuat, Rinci & Terpercaya

Media Online Sulawesi Barat

Breaking

Senin, 09 April 2018

7 Sunnah Nabi Muhammad SAW yang Layak Dihidupkan


Berikut adalah tujuh amalan yang super dahsyat yang layak diamalkan untuk menambah keberkahan dalam kehidupan sehari-hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :

Pertama :
➖➖➖➖➖
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua :
➖➖➖➖➖
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :
➖➖➖➖
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat :
➖➖➖➖➖➖
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.
Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki...

Kelima :
➖➖➖➖➖
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda...

Keenam :
➖➖➖➖➖
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu sholat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :
➖➖➖➖➖
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT.

Dari tujuha amalan di atas, semoga bisa menjadi inspirasi buat kita semua agar senantiasa semangat dalam beramal.
(Am)


Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Halaman